Kata Ustaz Aziz
Memang berbaloi! Sekarang saya boleh membantu anak saya di depan komputer untuk mengulangkaji matapelajaran Sainsnya walaupun saya sudah lama meninggalkannya. Mencari maklumat dengan peta minda adalah sepantas maklumat di hujung jari. Apabila saya duduk bersama anak membantunya mengulangkaji, saya pula yang rasa saya mula minat mempelajari Sains.
Uztaz Aziz Jaafar, Bapa
Kata Anak Ustaz Aziz
Saya berterimakasih kepada ayah kerana belikan peta minda Sains ni. Saya suka buat ulangkaji Sains di komputer sebab gambarnya berwarna, jelas dan menarik. Menyenangkan saya menghafal. Kalau di sekolah saya bawa peta minda yang sudah dicetak untuk ulangkaji. Insyaallah saya berazam untuk dapat "A" dalam Sains selepas ada peta minda ni.
Ummu Syakirah Nazira. Anak (Tahun 6)
Kata Muhammad Yusuf
Saya suka baca Peta Minda Sains ni lepas ayah saya belikan dan mencetaknya menjadi buku. Dengan peta minda saya lebih senang menghafal dan menyemak. Setiap hari saya buka buku peta minda ni untuk baca. Walaupun topik itu belum saya belajar, saya dah faham.
Muhammad Yusuf, (Tahun 5)
Nurul Izzati : 5A - UPSR 2009
Saya adalah salah seorang pengguna E-Book Peta Minda Sains UPSR. Ianya sangat sesuai dan berguna bagi pelajar yang bakal menduduki UPSR kerana ia mudah digunakan(user friendly) untuk mengingati fakta dan ulangkaji sebelum peperiksaan. Bagi saya cara penyampaian (presentation) serta susunan faktanya sangat baik dan pembelajaran saya menjadi lebih mudah. Hasilnya saya telah berjaya mendapat A dalam Matapelajaran Sains UPSR. InsyaAllah kawan-kawan di luar sana tidak akan rugi membeli E-Book Peta Minda ini. Terima kasih saya ucapkan kepada guru yang menerbitkan E-Book ini.
Nurul Izzati Abdul Muthalib, (5A - UPSR 2009)
Nur Syahirah Laham : A - Sains PMR 2012
Assalamualaikum Tuan, terima kasih kerana berkat usaha saya membaca dan memahami teks e-book dengan mendalam yang tuan jual, saya berjaya memperoleh A dalam subjek Sains PMR 2012. E-book tuan amat membantu..
Cikgu Merani Razak (Guru Kimia)
Assalamualaikum..
Peta minda kimia tingkatan 5 sudah siap ke belum?
Seronok dan senang guna peta minda kima tingkatan 4. Pelajar saya senang faham dan saya tidak perlu reso nota banyak-banyak. Saya dah tak sabar nak tunggu tingkatan 5 pulak.
